Suasana di Pusat Pemantauan Saringan suhu badan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Terminal Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 27 JANUARI 2020

KUALA LUMPU R- Malaysia menduduki tangga ke-18 terbaik dunia dari segi kesiagaan menghadapi penularan penyakit berjangkit meninggalkan jirannya yang lebih maju yang berada di tangga ke 24 berbanding 195 negara.

Thailand menduduki tangga keenam yang menjadikannya satu-satunya negara bukan berpendapatan tinggi yang mampu berada di kumpulan teratas.

Dua lagi negara Asia iaitu Korea Selatan berada di tangga kesembilan manakala Indonesia di tangga ke-30

Ini adalah berdasarkan Indeks Keselamatan Kesihatan Global.

Hasil kajian tersebut juga mendapati tiada negara yang betul-betul bersedia menghadapi penularan wabak.

Hanya 13 negara sahaja yang menduduki kategori “hampir bersedia sepenuhnya” termasuk Thailand dan Korea Selatan.

Kajian yang memberi fokus kepada enam kategori iaitu pencegahan; pengesanan; maklum balas; sistem kesihatan; komitmen untuk menambah baik; dan kecenderungan untuk mendapat ancaman biologi itu menilai negara-negara terlibat dari sudut persediaan dan kesiagaan masing-masing menerusi 140 soalan berkaitan.

Amerika Syarikat menduduki tangga teratas dunia diikuti Britain dan Belanda.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast