Disneyland Shanghai ditutup ekoran penularan koronavirus. foto Agensi

BEIJING – Jumlah individu yang maut akibat koronavirus telah meningkat kepada 82, dengan hampir 3,000 kes setakat ini.

Susulan itu, China melanjutkan cuti selama tiga hari dalam usaha mengekang wabak tersebut.

Di Shanghai, kerajaan telah menghentikan semua operasi sehingga 10 Februari dan ia termasuk syarikat-syarikat selain firma utiliti, perubatan, pembekal perubatan dan pasar raya.

Jumlah kematian di Hubei meningkat daripada 56 kepada 76, dengan enam kematian di tempat lain.

Keluar dan masuk ke Wuhan juga telah disekat.

Beberapa bandar lain juga telah mengenakan larangan perjalanan.

Sekurang-kurangnya 44 kes telah disahkan di luar negara, termasuk di Jerman, Amerika Syarikat, dan Australia.

Namun tiada kematian dilaporkan di luar China. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast