KUALA LUMPUR – Langkah Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak meneruskan tindakan saman terhadap bekas pembantu penyelidiknya, Muhammad Yusoff Rawther dilihat satu tindakan yang bijak.

Itu pandangan seorang yang arif dalam bidang perundangan yang enggan dikenali.

Beliau berkata, sekiranya Anwar meneruskan saman fitnah tersebut, ia akan digunakan pihak tidak bertanggungjawab untuk memanipulasi kes berkenaan.

“Sekiranya saman (terhadap Yusoff) diteruskan ia akan dimanipulasi pihak tidak bertanggungjawab malah kes ini akan digunakan untuk mensabotaj (Anwar) seterusnya tidak membenarkan proses peralihan kuasa berlaku (antara Anwar dan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad),” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Peguam dengan latar belakang pengalaman perundangan selama 30 tahun itu berkata, Anwar mengambil langkah bijak dengan tidak mengambilkira tohmahan yang dilemparkan ke atasnya dan fokus kepada persediaan untuk mengambil alih pentadbiran Putrajaya tidak lama lagi.

“Sekiranya teruskan saman terhadap Yusoff akan ada pihak yang mendakwa Anwar tidak bersedia untuk memegang jawatan Perdana Menteri kerana terdapat kes di mahkamah melibatkan namanya,” jelas peguam itu lagi.

Pada Isnin lalu, Anwar membatalkan hasrat untuk mengambil tindakan saman fitnah terhadap Yusoff.

Tindakan itu diambil selepas peguamnya, Ramkarpal Singh menasihati Anwar supaya tidak meneruskan saman berkenaan walaupun sebelum ini beliau memberitahu telah menerima arahan daripada Anwar untuk memulakan saman fitnah itu.

Semalam, individu yang rapat dengan Anwar mendedahkan Ahli Parlimen Port Dickson itu berbuat demikian memandangkan namanya sudah ‘dibersihkan’ Jabatan Peguam Negara.

Pada 14 Januari lalu, Peguam Cara Negara, Engku Nor Faizah Engku Atek, dalam satu kenyataan berkata, terdapat percanggahan fakta yang material, yang tidak dapat menyokong sebarang pendakwaan mana-mana orang di bawah seksyen 354 Kanun Keseksaan, atau mana-mana seksyen lain di bawah Kanun yang sama. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

5 Komen

  1. Azmin lagi bijak, dari awal-awal lagi sudah kata tak ambil apa-apa tindakan. Nampak macam Anwar yang tiru cara Azmin.

  2. Bukan bijak, tapi elak dari kantoi lagi. Elok juga anwar saman, nak tau juga aku teknik apa pula yg dipakai kalini.

  3. Bijak?? Tak bijak pun. Kantoi.?…. Tak kantoi pon……..
    Takot pada bayang bayang… Rakyat Malaysia menilai…. Kena paham…..

Comments are closed.