Virus yang tidak diketahui sebelum ini, kali pertama di kesan di Wuhan pada lewat Disember tetapi kemudian merebak ke bandar raya utama lain di China,-pix hiasan

BEIJING – Korea Selatan, United Kingdom (UK) dan Perancis menyuarakan kesediaan mereka untuk menghulurkan bantuan barangan perubatan kepada China bagi memerangi ancaman wabak baharu, kata Kementerian Luar China pada Rabu.

Agensi berita Sputnik melaporkan kenyataan itu dibuat selepas perbualan telefon antara Menteri Luar China Wang Yi dengan rakan sejawatannya dari ketiga-tiga negara itu.

“Ketika berdepan dengan detik susah, jiran seharusnya tampil membantu dan tolong menolong antara satu sama lain.

“Korea Selatan sedia untuk bekerjasama dengan China dan menyekat penularan wabak serta bersedia menghantar bantuan barangan perubatan secepat mungkin,” kata Menteri Luar Korea Selatan, Kang Kyung-wha dalam kenyataan itu.

Menteri Luar UK, Dominic Raab turut berkata, Britain sedia menghantar bantuan perubatan yang diperlukan ke China.

Menteri Luar Perancis, Jean-Yves Le Drian, pula berkata, Paris menghargai usaha China menangani penularan wabak koronavirus.

“Jika China memerlukan apa-apa, Perancis sedia memberikan sebarang bantuan,” katanya.

Virus yang tidak diketahui sebelum ini, kali pertama di kesan di Wuhan pada lewat Disember tetapi kemudian merebak ke bandar raya utama lain.

Sehingga pagi Rabu, lebih 6,000 kes jangkitan di kesan dan 132 kematiaan dicatatkan di China, lapor Suruhanjaya Kesihatan Negara.

Selain China, sekurang-kurangnya 15 negara sudah mengesan virus itu di negara masing-masing.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast