KUALA LUMPUR – Bank Muamalat Malaysia Bhd mengurangkan kadar asas (BR) dan kadar pembiayaan asas (BFR) sebanyak 25 mata asas masing-masing kepada 3.56 peratus dan 6.56 peratus, mulai hari ini.

Bank itu berkata, semakan itu adalah sejajar dengan keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas pada 22 Januari lepas.

“Ini akan berkuat kuasa kepada semua pakej pembiayaan kadar apungan yang disandarkan pada BR dan BFR,” menurut bank itu dalam kenyataan hari ini.

Kadar deposit akaun-i jangka tetap bank itu akan diturunkan 25 mata asas. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast