Rafiei Mustapha

KUALA LUMPUR – Kenyataan pimpinan Pas Pusat yang mendesak supaya parti DAP keluar daripada kerajaan Persekutuan mendapat sokongan Badan Perhubungan Pas Negeri Sembilan (BPPN9).

Ketua Penerangannya, Rafiei Mustapha berkata, DAP perlu keluar daripada Pakatan Harapan (PH) kerana parti itu nampak sudah tidak sehaluan dengan PH, malah banyak membantah pendirian Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan (BPPN9) menyokong penuh desakan Pas Pusat agar DAP tidak hanya tahu mengugut untuk keluar Pakatan Harapan jika Sijil UEC tidak diiktiraf.

“Kami juga berpendirian, Kerajaan Persekutuan tidak perlu mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) yang jelas bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, dan Dasar Pendidikan Negara,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, sikap DAP itu antara contoh bagaimana parti yang dilabel rakyat sebagai parti cauvinis itu mula menunjukkan sikap pengkhianat besar kepada negara.

Ujarnya, Pendirian DAP selama ini jelas untuk mendesak kerajaan mengiktiraf UEC dan ia adalah pengkhianatan besar kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan serta bercanggah dengan Akta Pendidikan 1996 dan melebarkan jurang perkauman di Malaysia.

“Kami sekali lagi mencabar DAP tidak hanya mengugut dan nanti kemudiannya U-Turn dengan kenyataannya, maka jika kerajaan tidak mengiktiraf UEC sila keluar dari PH Dan buktikan ia bukan omongan kosong semata,” ujarnya.

Semalam, Ketua Penerangan Pas, Kamaruzaman Mohamad mendesak DAP keluar daripada kerajaan Persekutuan berikutan ugutan pemimpinnya berhubung cadangan pengiktirafan UEC.

Tegasnya, cadangan DAP untuk mengiktiraf UEC adalah ternyata bertentangan dengan Perlembagaan Negara dan jelas ditolak oleh rakyat Malaysia yang cintakan perpaduan.

Malah, Sistem pendidikan sedia ada diperkenalkan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berjiwa patriotik dan menyanjungi bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan yang menjadi tonggak keharmonian negara.

Manakala, UEC ditadbir oleh Dong Jiao Zong yang angkuh dengan sikap ekstrem sehingga tidak boleh bertolak ansur dengan modul tulisan Jawi yang hanya tiga muka surat – MalaysiaGazette

DAP sila keluar dari kerajaan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. memang pun dap selalu menyerang parti lain dalam ph. seolah2 dia dah kuat sangat dan tak perlu bergabung dengan parti lain. ph tiada niat untok menghalau sesiapa dalam pakatannya. tapi dap nerpandangan lain. adakah dia tahu yang dia menjadi beban dalam ph. tapi ph tetap tenang macam tiada apa2 pun.

Comments are closed.