Jadual dua perkhidmatan bas khas RapidKL pada 7 dan 8 Februari 2020 sempena sambutan Thaipusam di Batu Caves kali ini.

KUALA LUMPUR – Pengendali perkhidmatan bas Rapid KL, Rapid Bus Sdn Bhd akan menyediakan perkhidmatan khas ke Batu Caves untuk kemudahan pengguna khususnya penganut Hindu yang meraikan perayaan Thaipusam 2020 pada Jumaat dan Sabtu ini

RapidKL berkata, perkhidmatan selama dua hari itu adalah bagi menggalakkan pengunjung menggunakan pengangkutan awam, sekali gus dapat mengurangkan kesesakan di kawasan tersebut.

“Sebanyak 20 buah bas disediakan untuk laluan dari Hab Bas Pasar Seni (Platform A) ke Batu Caves melalui Jalan Ipoh dan Jalan Kuching dengan kekerapan antara 15 hingga 20 minit.

“Manakala 2 buah bas disediakan dari stesen LRT Gombak ke Batu Caves melalui Jalan Lingkaran Tengah (MRR2) dengan kekerapan 30 hingga 40 minit.

“Kadar tambang sehala yang dikenakan adalah RM3.00 bagi laluan dari Pasar Seni dan RM2.00 dari stesen LRT Gombak. Mod pembayaran adalah tunai atau kad Touch N’ Go,” kata RapidKL dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, perkhidmatan itu akan bermula dari jam 4.30 pagi hingga 11.59 malam pada 7 Februari dan 12.00 tengah malam hingga 11.59 malam pada 8 Februari.

Untuk sebarang maklumat lanjut berhubung perkhidmatan Bas RapidKL, orang ramai boleh menghubungi talian bantuan Rapid KL: 03 – 7885 2585 atau berhubung menerusi saluran media sosial Rapid KL. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast