Video tular dua wanita terjun apartmen adalah video lama berlaku di luar negara pada 2017 , menurut Bukit Aman foto FAREEZ FADZIL, 13 NOVEMBER 2018.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Komisioner Datuk Ramli Din dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman berkuatkuasa 2 Mac ini.

Beliau akan menggantikan Komisioner Datuk Seri Mohd Khalil Kader Mohd yang bersara wajib pada akhir Februari ini.

Ramli yang mendahului senarai pertukaran pegawai kanan PDRM itu adalah Pesuruhjaya Polis Sarawak.

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Senior Asistan Komisioner Datuk Asmawati Ahmad dalam satu kenyataan menyenaraikan pertukaran 37 orang pegawai kanan PDRM yang  berkuatkuasa mulai 2 Mac ini.

Jawatan Pesuruhjaya Polis Sarawak akan diisi Deputi Komisioner Datuk Aidi Ismail. Beliau merupakan Ketua Polis Terengganu.

Turut terlibat dalam penukaran adalah Timbalan Pengarah (Siasatan) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Deputi Komisioner Datuk Saiful Azly Kamaruddin yang dilantik sebagai Timbalan Pengarah JSJ Komersial Bukit Aman dengan memangku jawatan Komisioner.

Manakala Kekosongan jawatan Ketua Polis Terengganu yang ditinggalkan Aidi akan diisi Deputi Komisioner Datuk Roslee Chik yang kini merupakan Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang.

Turut ditukar Timbalan Ketua Polis Terengganu Senior Asisten Komisioner Datuk Allaudeen Abdul Majid yang bakal berhijrah ke Bukit Aman dengan kenaikan pangkat sebagai Deputi Komisioner untuk menyandang jawatan baharu iaitu Timbalan Pengarah (Integriti) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman.

Kekosongan Allaudeen pula bakal digantikan Ketua Penolong Pengarah D7 Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Datuk Rohaimi Md Isa.

Kekosongan jawatan Timbalan Ketua polis yang disandang Roslee Chik di Pulau Pinang bakal diisi Senior Asistan Komisioner Datuk Abdul Razak Elias yang kini menyandang jawatan Timbalan Pengarah III Jabatan Pengarah Logistik dan Teknologi di Bukit Aman.

Seorang lagi pegawai kanan popular yang dinaikkan pangkat dan jawatan adalah Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan dan Undang-undang (D5) JSJ Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid.

Beliau akan menjawat tugas baharu sebagai Timbalan Pengarah Siasatan Perundangan di JSJ dengan pangkat Deputi Komisioner.

Tempat Mior akan disi Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Datuk Rusdi Mohd Isa.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din bakal menyandang tugas Ketua Penolong Pengarah Bahagian D7 Bukit Aman yang ditinggalkan Rohaimi Md Isa.

Selain itu, Ketua Jabatan Logistik dan Teknologi Sabah, Asisten Komisioner Chandrasehkaran Muthu akan menerajui jawatan Kepolisan Am Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner (SAC).

Kekosongan jawatan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur oleh Rusdi akan diisi Ketua Polis Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid.

Kekosongan jawatan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya akan diisi oleh Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal yang kini menyandang jawatan ACP Perhubungan Antarabangsa Urus Setia KPN (Pentadbiran), Urusetia Pejabat KPN Bukit Aman. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast