Latheefa Koya

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memulakan siasatan berhubung dakwaan pembuat pesawat, Airbus, merasuah pegawai-pegawai AirAsia dan AirAsia X.

Ketua Pesuruhjayanya, Latheefa Koya berkata, di bawah Akta SPRM, pihaknya mempunyai kuasa dan bidang kuasa untuk menyiasat apa-apa tindakan rasuah yang dilakukan oleh mana-mana warganegara atau penduduk tetap Malaysia di mana-mana tempat luar Malaysia.

“Dalam kes Airbus-Airasia ini, saya dengan ini mengesahkan bahawa pihak SPRM telah menghubungi pihak berkuasa UK (United Kingdom) dan telahpun memulakan penyiasatan dalam perkara ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut laporan media hari ini, Airbus didakwa telah merasuah pegawai-pegawai AirAsia dan AirAsia X sebanyak AS$50 juta (kira-kira RM204.8 juta) bagi mendapatkan kontrak untuk membekalkan pesawat kepada syarikat penerbangan tambang murah itu.

Laporan theedgemarkets.com menyatakan, dana tersebut digunakan untuk menaja sebuah pasukan sukan yang tidak dinamakan. – MalaysiaGazette

Airbus didakwa rasuah eksekutif AirAsia, AirAsia X

2 Komen

  1. Tak pyh nk siasat sgt lh, klu KP sprm sendiri pun tak betul..rakyat sudah hilang kpcyaan kpd KP sprm..so lbh baik letak jawatan je…myemak aku tgok koya tu..

Comments are closed.