Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berucap pada Program Luncheon Talk di Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Cheras, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 02 FEBRUARI 2020

KUALA LUMPUR – Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui sistem Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) telah mengubah kehidupannya pada hari ini.

Menteri Beliau dan Sukan itu berkata, antara kejayaan yang dicapainya apabila mampu berkomunikasi dengan baik dalam bahasa Inggeris berbanding lemah pada peringkat awal.

Malah jelas beliau, PSSMI juga membolehkan dirinya dan generasi sezaman mengaplikasi ilmu hingga ke menara gading dan alam pekerjaan.

“Pendirian peribadi, saya setuju sebab saya merupakan salah seorang anak muda yang melalui sistem PPSMI dan pada masa sama saya berjaya dididik melalui sistem itu serta akhirnya saya berjaya.

“Pada peringkat awal pun bukan hanya penggunaan Bahasa Inggeris saya sangat lemah tetapi selepas tamatnya pengajian di peringkat tinggi apa yang saya belajar melalui pendidikan PPSMI tersebut juga saya dapat guna pakai ke peringkat universiti sampai ke hari ini.

“PPSMI memang banyak membantu saya dan generasi saya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis Luncheon Talk sempena Program Malaysia Future Leaders School Tier 3 di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas cadangan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang memangku tugas Menteri Pendidikan untuk memperkenalkan semula pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.

Syed Saddiq yang juga Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata, beliau akan menyokong usaha Dr Mahathir itu walaupun sedar ia tidak mudah dan tidak popular.

“Tetapi beliau berniat ikhlas untuk memastikan bahawa anak-anak muda khususnya di kawasan luar bandar dan separa bandar dapat diberikan pendidikan yang terbaik, pendedahan yang terbaik supaya akhirnya mereka dan pesaing yang lain apabila masuk ke universiti atau ke alam pekerjaan masa akan datang,”
katanya. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Mata pelajaran sains, matematik guna BI semula – PM

2 Komen

  1. Tahi jubur ko. Krna ppsmi. Ko tak.pyh nk kelenton lh mntri cap ayam…aku berjaya msuk u, bkn krna ppsmi pun…ko pemikiran singkat lh, sbb nk sokong mahathir…ko lbh baik tak duk mlysia lh..

Comments are closed.