Gambar hiasan

BEIJING – Saham China menyaksikan kejatuhan paling ketara sejak gelembung ekuiti pada tahun 2015 apabila pasaran dibuka hari ini.

Kejatuhan itu disebabkan oleh penularan wabak koronavirus yang semakin mengganas.

Indeks CSI 300 menurun 9.1% selepas pasaran kewangan a dibuka buat kali pertama selepas ditutup 23 Januari lalu.

Kontrak bijih besi China merosot sebanyak 8%, manakala tembaga, minyak mentah dan minyak kelapa sawit juga susut oleh pada paras maksimum yang dibenarkan.

Bank of China menetapkan nilai yuan kepada 6.9249 bagi setiap dolar, lebih tinggi daripada anggaran purata pedagang yang ditinjau oleh Bloomberg.

Bank Pusat China berkata, ia akan memastikan keadaan mudah tunai antara bank yang mencukupi, membekalkan wang tunai bagi mengimbangi dana jangka pendek 1.05 trilion yuan (AS$152 bilion).

China telah meminta para pelabur menilai secara objektif kesan koronavirus, yang telah membunuh lebih daripada 360 orang mangsa dan kes dijangkiti lebih daripada 17,000 orang.

Indeks Hang Seng Hong Kong yang menyusut 5.9% dalam tiga hari dagangan minggu lalu, jatuh 0.5%.

Tinjauan pasaran tempatan China semakin suram apabila pelabur bercuti bulan lepas.

Indeks Komposit Shanghai merosot 2.8% pada 23 Januari, prestasi paling teruk sehingga Tahun Baru Cina.

Penurunan pada penutupan hari Isnin adalah rekod paling buruk sekurang-kurangnya dalam tempoh 20 tahun. – MalaysiaGazette