SPRM mengaktifkan pencarian seorang individu dikehendaki iaitu bernama Kok Chung Fui dalam kes perbicaraannya.

KUALA LUMPUR – Seorang individu bernama Kok Chung Fui berusia 46 tahun dikehendaki untuk tampil membantu perbicaraan kes Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

SPRM dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Putrajaya hari ini sedang mengesan individu tersebut dan memerlukannya pada kadar segera.

Berdasarkan maklumat SPRM, Individu berkenaan beralamt terakhir di No.30, Lazenda Villa 2, Kerupang 3, 87000 Labuan, Sabah.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut diminta menghubungi Penolong Penguasa Mohd Aizad Ahmad Nizam di talian 03-8870 0393 atau 011-6960 4746.-MalaysiaGazette