Zuraida Kamaruddin

KUALA LUMPUR – Awal pagi ini berlegar satu pesanan daripada aplikasi WhatsApp yang mendakwa Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin akan dipecat oleh parti bulan ini.

Mesej itu didakwa disampaikan oleh seorang pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR yang mendakwa Zuraida akan turun dalam satu acara di negeri pimpinannya.

Justeru itu, beliau menasihatkan semua ahli akar umbi agar tidak membuat sebarang provokasi terhadap kemunculan Zuraida pada majlis berkenaan.

“Saya ingatkan semua ahli PKR negeri jangan beri ruang untuk mereka fitnah kita, jangan buat apa-apa provokasi, termasuk membincangkan tunjuk kekuatan kita.

“Jangan layan puak-puak kartel. Depa memang harap kami provok, jadi nyawa Zuraida akan panjang.

“Ingat bulan Feb (Februari) 2020 (Zuraida) akan dipecat,” katanya dalam mesej berkenaan.

Mesej yang dihantar jam 2.30 pagi itu turut menyeru agar ahli PKR negeri itu tidak sesekali mengadakan sebarang aktiviti yang boleh mengganggu keputusan Lembaga Disiplin PKR terhadap Zuraida.

“Saya ingatkan sekali lagi jangan ada aktiviti-aktiviti dan jangan layan mereka. Terima kasih,” katanya lagi.

Status berhubung apa-apa tindakan displin terhadap Zuraida akan diputuskan oleh Pengerusi Lembaga Displin PKR, Datuk Ahmad Kasim.

Ia setelah Zuraida menghantar surat jawapan terhadap surat tunjuk sebab pada 29 Januari lalu.

Notis tunjuk sebab itu dikemukakan Lembaga Disiplin PKR bertarikh 15 Januari lalu atas dakwaan salah laku termasuk mengeluarkan ucapan berunsur fitnah terhadap kepemimpinan parti.

Surat itu diserahkan Setiausaha Politik Zuraida, Nor Hizwan Ahmad.

Lembaga Disiplin PKR sebelum ini dilapor memulakan siasatan terhadap pelbagai laporan salah laku membabitkan ahli dan pemimpin kanan parti termasuk Zuraida dipercayai ada hubungan dengan ucapan pada majlis Makan Malam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 pada 8 Disember tahun lalu.

Ia berlaku selepas penyokong kuat Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bertindak memboikot hari terakhir Kongres Nasional PKR 2019 di Melaka, Disember tahun lalu. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

5 Komen

  1. Ok ler tu kena pecat je pun bkn kena dakwa kt mahkamah, ppbm blh jer terima masuk bertmbh lah lg kerusi mp ppbm..

  2. Kena pecat pkr.. Beruntung la bersatu dpt lg 1 kerusi parlimen… Ape bodoh nye PKR ni… Mint pendapat nasihat dgn si polan kaki ampu kaki semburit mmg rosak la… Tahniah zuraida anda memang berani menegak keadilan bkn jadi si pengampu semburit

  3. Kalau nak pecat, pecat semua ahli pkr @ pemimpin yg bersalah.
    Sama ada memfitnah parti @ kepimpinan parti.

    Nak tengok siapa yg lebih berpengaruh selepas ini.

    Yg menang undi dari suara ahli atau yg hanya dilantik memegang jawatan dari presiden

  4. Dulu tak ada hurihara PKR .. sekarang ni menjadi2 dan mabuk kuasa ..
    Tun kekal PM dan jangan beri puak2 Kaduk Naik Junjung berkuasa ..habis sayu kek dibedal pusknya.
    Lepas Tjn tsmat tfmpob .. cari orang yang berketja dzn bukannya pemabuk kuasa..

Comments are closed.