Mohd Puad Zarkashi UMNO Deputy Prime Minister Ismail Sabri Yaakob cabinet reshuffle
Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Lim Guan Eng jangan bercakap besar berhubung isu pengurangan kadar tol  kerana hakikatnya rakyat terpaksa membayar tol untuk tempoh lebih panjang sehingga tahun 2058.

Lagipun, pengurangan kadar tol bukan diminta oleh rakyat sebaliknya yang dituntut adalah penghapusan tol.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi berkata, rakyat kini sudah bijak mengira antara penurunan kadar 18 peratus dengan tempoh tambahan dan tiada pengurangan tol dengan plaza tol ditutup pada tahun 2038.

Malah, katanya, rakyat juga bijak mengira mana yang lebih besar – RM100  X18 tahun berbanding turun tol 18 peratus iaitu RM82 X 38 tahun.

“Guan Eng jangan cakap besar. Rakyat sudah jelak matematik dia sebab titik perpuluhan pun dia tidak tahu mana nak letak,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut mempersoalkan bila Menteri Kewangan itu mahu menutup plaza tol Jambatan Pulau Pinang yang didakwanya tol tersebut sudah lama dan sepatutnya ditutup.

Katanya, apabila sudah berkuasa, Guan Eng bukan mahu tutup plaza tol PLUS tetapi menyambungnya lagi sehingga tahun 2058.

Sedangkan, katanya, semasa kerajaan di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, kadar tol tidak pernah turun walaupun tidak dinaikkan tetapi banyak plaza tol telah ditutup. – MalaysiaGazette