Presiden Gagasan Melayu Perak, Datuk Mohd Razali Khalid (tiga kiri) diiringi Timbalan Presiden Gagasan Melayu Perak merangkap peguambela, Norali Nordin (kanan) menyerahkan memorandum kepada Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Abu Bakar Yahya (dua kanan) berkenaan bantahan terhadap pemberian tanah secara hakmilik kekal kepada penduduk kampung baru di negeri Perak di Pejabat Perdana Menteri (PMO), Putrajaya. foto FAREEZ FADZIL, 05 FEBRUARI 2020

PUTRAJAYA – Sekumpulan 10 badan bukan kerajaan (NGO)  Perak merayu agar Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad agar campur tangan dalam isu hak milik tanah 999 tahun di negeri itu.

Wakil kesemua NGO itu yang juga Presiden Gagasan Melayu Perak, Datuk Mohd Razali Khalid berkata, pihaknya mahu langkah drastik diambil oleh Mahathir dengan menghentikan niat kerajaan negeri itu memberikan status hak milik  itu kepada kampung-kampung baru Cina.

“Kami mahu Perdana Menteri untuk hentikan langkah kerajaan negeri Perak. Buat masa ini mereka telah buat 11 lot tanah di Gerik dan Tanjung Rambutan.

“Kalau Perdana Menteri masuk campur, ia lebih bagus untuk kami dan semua orang,” katanya selepas menyerahkan memorandum bantahan kepada Mahathir di sini hari ini.

Memorandum itu diserahkan kepada Setiausaha Politik Mahathir, Abu Bakar Yahya.

Mereka beralasan bahawa status hak milik 999 tahun atau hak milik kekal kepada kampung-kampung baru itu jelas melanggar Perlembagaan Persekutuan di bawah Kanun Tanah Negara.

“Tujuan kami menyerahkan memorandum ini bagi membantah tindakan kerajaan negeri untuk mengeluarkan hak milik pajakan 999 tahun kepada kampung baru dan kampung tersusun.

“Bagi kami tindakan yang dibuat itu adalah bercanggah dengan peruntukan undang-undang Kanun Tanah Negara dan juga keputusan yang dibuat oleh Majlis Akta Tanah Negara,” katanya lagi.

Sebelum ini, Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming melaporkan beliau mahukan kerajaan negeri memberikan status hak milik 999 tahun atau hak milik kekal kepada kampung-kampung baru Cina seperti yang dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan pada PRU-14 lalu.- MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Hak milik 999 tahun atas kpla bapak ko..ko ingat ngra bapak ko ke dap lafir harbi…ko tu pdtg je kok..tak pyh nk pandai2..org bg duduk pun dah syukur, mmg dap kafir harbi betul lh…sokong lah lg puak2 dap kafir harbi ni..

Comments are closed.