Ayob Khan Mydin Pitchay

KUALA LUMPUR – Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti-pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dilantik sebagai Ketua Polis Johor yang baharu.

Beliau menggantikan Datuk Mohd Kamarudin Md Din yang ditukarkan ke Bahagian Bahagian Pentadbiran di Jabatan Pengurusan Bukit Aman.

Bukit Aman dalam kenyataan hari ini mengumumkan pertukaran itu berkuat kuasa 3 Mac ini.

Ayob Khan sebelum ini dikenali kerana mengetuai pasukan keselamatan membanteras pengganas termasuk kes penahanan beberapa pimpinan DAP yang didakwa terlibat dengan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) baru-baru ini.- MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.