Individu tempatan bernama Mujtaba Khalili, 34 tahun dikehendaki Imigresen untuk membantu siasatan di bawah Akta Imigresen.-MalaysiaGazette

KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sedang memburu seorang lelaki warga negara tempatan bagi membantu siasatan kes.

Agensi penguatkuasa kerajaan itu mengeluarkan gambar identiti wajah individu berkenaan yang dikenalpasti sebagai Mujtaba Khalili Fadzlullah, berusia 34 tahun.

Mujtaba berusia 34 tahun dan alamat terakhir di No 806 Jalan 1B/4, Bandar Baru Sungai Buloh, Shah Alam, Selangor.

Dia dikehendaki JIM untuk membantu siasatan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).

Bagi tujuan mengesan, JIM memohon kerjasama orang ramai supaya tampil membantu menyalurkan maklumat mengenai Mujtaba Khalili.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Kanan (TPPK), Mohd Azamuddin Long, Bahagian Operasi, Siasatan dan Pendakwaan, Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia, Putrajaya di talian 03-88801338/1330 pada waktu pejabat dan Bilik Gerakan 03-88801555 selepas waktu pejabat. – MalaysiaGazette