SALAH satu karya fotografi dokumentari dipamerkan. Gambar IKHSAN / UITM

KUALA LUMPUR – Pameran Fotografi yang berlangsung selama dua hari baru- baru ini berjaya menarik seramai 300 pengunjung dari dalam dan luar negara khususnya pelancong yang meminati bidang seni fotografi.

ANTARA pameran karya akhir yang dihasilkan.Gambar IKHSAN / UITM

Bertempat di White Box Publika, Dutamas di sini pameran anjuran penuntut tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Fotografi dan Multimedia Kreatif di Jabatan Fotomedia Kreatif, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Puncak Alam itu bertujuan mempamerkan hasil kerja bagi penilaian akhir bagi komuniti luar kampus.

Hasil karya seramai 42 penuntut itu di pamerkan dengan dua kategori iaitu iaitu videografi dan fotografi.

KESEMUA penuntut tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Fotografi dan Multimedia Kreatif di Jabatan Fotomedia Kreatif bergambar bersama.Gambar IKHSAN / UITM

Di bawah kategori video terdapat lima pecahan iaitu Commercial, Art, Documentary, Shortfilm , PSA manakala fotografi pula ada tiga iaitu Journalism, Art dan Commercial.

Pameran yang sudah masuk kali ketujuh anjurannya itu dirasmikan oleh Presiden Alumni Fotografi UiTM, Prof. Dr Mustafa Halabi.

Presiden Lensa Rencam Malaysia, Mohammad Naim Firdaus Abdul Aziz menerangkan pengalaman dalam industri. Gambar IKHSAN / UITM.

Selain itu, pengisian dengan wacana industri yang dijemput hadir Commercial Film Director, Zekri Mazlan dan Presiden Lensa Rencam Malaysia, Mohammad Naim Firdaus Abdul Aziz.- MalaysiaGazette