KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan kerajaan untuk lucuthak wang berjumlah kira-kira RM192.97  juta milik UMNO selepas memutuskan dana itu bukan daripada hasil yang diperoleh daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Hakim Mohamed Zaini Mazlan yang membuat keputusan itu berkata, tujuh cek berjumlah RM245 juta yang diterima daripada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak  telah dibelanjakan pada Pilihan Raya Umum ke-13 pada 2013.

“RM192,965,413.65 yang dibekukan tidak boleh dikatakan sebagai wang yang diterima oleh UMNO daripada Najib,” katanya.

Beliau berkata, wang yang diterima daripada Najib telah lama dibelanjakan dan jumlah wang yang dibekukan itu diperoleh daripada syarikat-syarikat dan sumber-sumber lain.

Berdasarkan alasan yang sama, Zaini turut menolak permohonan kerajaan untuk merampas wang sebanyak RM300,000 daripada Wanita MCA, Binsabi Sdn Bhd (RM777,250) dan Perano Sdn Bhd (RM337,734).

Zaini, bagaimanapun membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Mahadi Abdul Jumaat untuk membekukan wang itu sementara menunggu perbicaraan hari ini.

UMNO, dalam permohonannya menyatakan wang sebanyak RM212.97 juta telah dibelanjakan semasa pilihan raya umum lalu, dan melakukan aktiviti politik lain.

Parti itu adalah antara 41 entiti dan individu yang berdepan  dengan saman pelucuthakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mendapatkan wang berjumlah RM270 juta yang dikaitkan dengan 1MDB.

Mahadi, yang dibantu oleh Timbalan Pendakwa Raya, Samihah Rhazali berkata, pihak pendakwaan akan memfailkan notis rayuannya dan kemudian permohonan rasmi pada Jumaat depan.

UMNO diwakili oleh Peguam Hariharan Tara Singh, Tania Scivetti dan Nur Fazreen Hazrina Rahim.

Manakala Wanita MCA pula diwakili oleh Ben Chan, manakala Perano oleh Vini Nayagam dan Habizan Habeeb Rahman.

Binsabi pula diwakili oleh Tengku Shazuan Tengku Shariffudin dan Muhammad Hasif Hasan.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membekukan wang daripada empat entiti UMNO pada bulan Jun 2018 kerana mendakwa ia ada kaitan dengan skandal 1MDB.

Dalam kes UMNO, kerajaan telah membuat permohonan pada 18 Jun tahun lalu untuk merampas wang itu menjelang 12 bulan tarikh akhir bagi membolehkan wang itu terus dibekukan. – MalaysiaGazette

6 Komen

  1. Alhamdullillah…Semoga UMNO terus menang sehingga habis proses rayuan oleh KERE…………………………………………………………………………………jaan.

  2. Itulah bukti bahawa umno lebih kuat dari ulor lidi. Dia lebih takut dgn umno dan klau bubar umno tetap akan menang spt 5 prk lepas.

  3. Alhamdulillah, klu perkara yg benar Allah akn tolong..yg ptg kita sabar n yakin dgn kuasa Allah..insyllah lpas ni ph pula akn jatuh n muafakat nasional akan tadbir kembali ngra insyllah..hncur dap laknatullah..

  4. Walau pun KERAjaan PeeH merancang dgn guna kepala otak yahudi yg berpengkalan di singapura tetapi diorg lupa yg sebaik-baik perancang adalah Allah SWT….

    Lepas PRU15 nanti kita hapuskan sekolah vernacular ye…
    🙂

Comments are closed.