KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak mendakwa kadar kenaikan bagi Indeks Harga Pengeluar (PPI) semakin tinggi akibat pelbagai cukai-cukai baru, kenaikan cukai, kenaikan tarif dan caj yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan – terutama sejak kebelakangan ini.

PPI adalah mekanisme bagi pengeluaran tempatan mengukur purata perubahan harga yang dikenakan oleh pengeluar barangan.

Menurutnya, ia merupakan penunjuk ekonomi makro yang digunakan bagi memantau pergerakan harga output tempatan dan sering dilihat sebagai penunjuk awal kepada Indeks Harga Pengguna.

Ini membawa maksud kadar inflasi Malaysia dan kos sara hidup akan semakin tinggi tahun ini.

“Data ialah dari Jabatan Perangkaan Malaysia.

“Ada siapa dari PH (Pakatan Harapan) yang mahu menafikan data rasmi kerajaan?,” soalnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Semakin melambung2, lansung tidak dikawal oleh menteri2 hancing!

    Jom semua kakitangan kerajaan, kakitangan swasta, polis, doktor, askar, nelayan, pensyarah, siswa siswi, orang2 kampung, peneroka, petani etc etc untuk sama2 kita istiqamah dan terus menyokong pembangkang/Muafakat Nasional dalam PRU15 nanti!

    Kapal dah nak karam ni! kah..kah..kah…

Comments are closed.