TURIN – Teman wanita Cristiano Ronaldo, Georgina Rodriguez membuat kejutan menghadiahkan kenderaan pacuan empat roda kepada bintang Juventus itu sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-35, semalam.

Nilai kereta mewah itu dianggarkan £93,000 (RM497,000) dengan kelajuan 136.7 batu sejam.

Georgina memuat naik video majlis itu yang dikongsikan bersama 16 juta pengikutnya di Instagram.

“Tahniah kepada lelaki dalam hidup saya! Apa yang anda mahu untuk membawa cinta kita? Hadiah anda @cristiano #happybirthday.”

Ronaldo kemudiannya memaparkan gambar dia menyambut ulang tahun kelahirannya bersama kek berbentuk CR7 sambil ditemani anaknya Cristiano Jr dan Georgina.

“Ini masa untuk menyambut hari lahir saya. Terima kasih kerana kejutan yang luar biasa ini,” katanya sambil memuat naik video latihan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast