Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Waktu solat Subuh di seluruh negeri Pulau Pinang ditambah secara purata 8 minit berkuatkuasa esok

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang telah memperakukan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang telah dipersetujui Majlis Raja-Raja mengenai penetapan permulaan waktu Subuh di Malaysia adalah menggunakan nilai altitud matahari 18 darjah di bawah ufuk.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, perubahan ini hanya melibatkan waktu solat Subuh sahaja manakala waktu-waktu lain kekal.

Mesyuarat juga memutuskan pelaksanaan solat Subuh berdasarkan waktu terdahulu adalah sah dan tidak perlu diqadha (diganti) setakat sebelum tarikh ketetapan baru dikuatkuasakan. – MalaysiaGazette