KUALA LUMPUR – Presiden Kuil Sri Maha Mariamman Devasthanam, Tan Sri R Nadarajah melahirkan rasa dukacita dengan desas-desus serta tuduhan penyelewengan sejak kebelakangan ini.

Nadarajah berkata, tuduhan penyelewengan itu membabitkan pengurusan dana, tanah dan emas.

“Saya tidak faham bagaimana harta atau aset kuil ini boleh dijadikan seperti sendirian berhad. Kononnya ianya seperti harta pusaka dari saya  dan ianya akan diwarisi oleh anak saya kemudian hari.

“Malah ada juga tuduhan kononnya saya telah menyeleweng emas dengan begitu banyak sekali tanpa ada mata dan telinga yang melihatnya.

“Sebenarnya, kita ada 72 orang yang menjadi Lembaga Pengarah kuil. Adakah kamu mahu katakan tidak ada seorang pun yang akan membuka mulut atau membocorkan apa-apa penyelewengan atau salah laku yang berlaku di sekeliling mereka?

“Mengapa berterusan menyebarkan berita seperti ini dan menyebabkan umum rasa tidak senang hati? Apa yang kamu dapat dengan melakukan perkara seumpama ini?

“Apakah kamu tidak tahu bahawa tiada apa-apa lagi yang boleh menjadi rahsia pada masa ini? Virus pun anda tidak dapat sorok,” katanya sambil memberi amaran supaya tidak menguji kesabarannya.

Nadarajah sebenarnya merujuk kepada dakwaan-dakwaan yang dikeluarkan oleh Pengerusi Reform Batu Caves, Arun Dorasamy sebelum ini.

Arun bukan sahaja lantang mengkritik Nadarajah tetapi menggesa beberapa ahli jawatankuasa kuil meletak jawatan sahaja bagi memberi laluan kepada kumpulan baharu untuk menerajui kuil ini.

PDRM siasat segera jika wujud penyewelengan dana kuil – Tamil Malar

Sebelum ini juga, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pernah menyerbu rumah Nadarajah serta menahan dua orang jawatankuasa tertinggi kuil itu bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan pembangunan sebidang tanah milik rumah ibadat tersebut.

“Saya tahu Arun juga lantang bercakap tentang kes Indira Gandhi, baguslah. Ada perkara yang betul dilakukan dan saya ikhlas memujinya.

“Tetapi janganlah menggunakan kelantangan anda dengan salah dan menimbulkan rasa hura-hara seperti ini. Macam-macam kamu cakap tentang saya kononnya saya telah seleweng dana bukan juta tapi bilion.

“Kerana cakap-cakap kosong kamu tanpa bukti seperti ini, apa pula halnya dengan keselamatan saya? Bagaimana jika saya ditembak saya kerana cerita-cerita seperti ini? Saya takut kena tembak.

“Janganlah main cakap dan pandang rendah kepada keupayaan kami, pada kredibiliti saya. Jangan senang-senang kamu fikir boleh tukar sesuka hati dengan sebar fitnah sahaja.

“Bukan satu perkara mudah untuk ‘musnahkan’ kami dengan  memperkecilkan semua usaha serta jasa kami selama ini,” tegasnya. – MalaysiaGazette

malaysiagazette.com/2019/03/10/arun-jangan-campur-tangan-soal-kuil-ngo-india/

Arun, jangan campur tangan soal kuil – NGO Tamil

 

1 Komen

Comments are closed.