Lim Guan Eng

KUALA LUMPUR – Pengurangan kadar tol bagi lebuh raya utara selatan milik PLUS dan penurunan harga petrol sebelumnya bukan sahaja memenuhi janji pilihan raya Pakatan Harapan (PH) tetapi menunjukkan komitmen PH untuk menunaikan janji-janji yang lain.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, pengurangan kadar tol sebanyak 18% untuk lebuh raya PLUS adalah kali pertama berlaku dalam sejarah Malaysia.

Kerajaan Barisan Nasional pula telah melanjutkan konsesi tol sehingga 20 tahun tetapi tidak mengekal atau mengurangkan kadar tol tetapi memilih untuk meningkatkan kadar tol banyak 5% setiap tiga tahun.

“Sedangkan PH bukan sahaja mengurangkan kadar tol sebanyak 18% tetapi akan mengekalkan pengurangan kadar untuk kenderaan persendirian, bas dan teksi sehingga tahun 2058.

“Perkara sama, PH telah mengurangkan harga petrol untuk RON95 dari RM2.20 seliter kepada RM2.08 seliti.

“Sekiranya harga minyak jatuh di bawah RM2.08 seliter, maka harga petrol akan dikurangkan dengan segera dan janji ini ditunaikan apabila harga RON95 dikurangkan kepada RM2.04 seliter. Begitu juga diesel dikurangkan kepada RM2.08 seliter buat kali pertama selepas diapungkan RM2.18 seliter,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Guan Eng berkata, banyak lagi janji-janji boleh dilaksanakan jika tidak kerana skandal kewangan yang membabitkan wang berjumlah RM150 bilion. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. minyak jnji 1.50….kau org ni ingt x ape yg korang jnji??vkk balik kitab manifesto,hadam kn betul2

Comments are closed.