LOS ANGELES – Pembikinan episod khas Friends Reunion mungkin menghadapi kegagalan pada saat akhir.

Pelakon, Jennifer Aniston dikatakan tidak sebulu dengan penerbit bersama rancangan itu, Marta Kauffman, menurut RadarOnline.com

Kedua-dua mereka tidak sependapat mengenai bayaran AS$1 juta yang akan diterima pelakon untuk satu episod, seperti yang diterima pada musim kesembilan dan kesepuluh.

aufman dilaporkan mempertikaikan bayaran tersebut ketika itu, yang mana ia telah dirunding secara kolektif oleh para pelakon pada 2002 berbanding melakukannya secara bersendirian.

Courteney Cox, Lisa Kudrow, Matt LeBlanc, Matthew Perry, David Schwimmer dan Aniston masing-masing dibayar sebanyak AS1 juta setiap episod untuk dua musim terakhir.

“Sejuta dolar untuk setiap episod adalah mengarut,” kata Kaufman pada 2015 sambil menambah: “Mari berlaku jujur, ia banyak.

Pertikaian itu berpanjangan, menurut sumber RadarOnline.com.

“Jen (Aniston) diketahui menyimpan dendam terhadap Marta kerana tidak menyokong peratus keuntungan pelakon yang membuatkan mereka semua terlalu kaya,” kata sumber dalaman.

Kawan baik Aniston, Courteney Cox, dilaporkan cuba menjadi orang tengah.

“Courteney bertindak sebagai pendamai dan mencadangkan mereka bertemu pada makan malam untuk menyelesaikannya kerana jika mereka tidak (menyelesaikannya), dengan Jen dan Marta berada dalam bilik yang sama akan menjadikan persekitaran yang pelik dan tidak menyeronokkan,” menurut sumber RadarOnline.com

Peminat sitcom itu teruja dengan prospek ‘reunion’ itu dan ia telah disahkan bahawa rundingan sedang dilakukan untuk episod reunion Friends tanpa skrip.

Bagaimanapun pada bulan lalu, HBO Max yang mana sitkom khas itu dijadual disiarkan mendedahkan situasinya ‘masih lagi mungkin’. – Agensi