Pasukan tentera Thailand memasuki pusat beli-belah Terminal 1 bagi menyelamat orang ramai yang terperangkap di dalam selepas berlaku tembakan rambang oleh seorang askar. foto Agensi

BANGKOK – Seramai 29 orang terbunuh dan 57 lagi cedera selepas seorang askar mengamuk di empat lokasi di bandar Thailand timur laut Nakhon Ratchasima sebelum dia ditembak mati awal pagi semalam.

Seramai 30 orang masih dirawat di hospital.

Kebanyakan mangsa berada di pusat beli-belah Terminal 21, ketika askar itu melepaskan tembakan menggunakan mesin gun dan dua senjata lain, selain 800 peluru yang dicuri dari pangkalan tentera.

Askar itu dikenali Jakrapanth Thomma, berusia 32 tahun.

Jakrapanth Thomma. foto Agensi

Jakrapanth sempat berkongsi mesej di laman Facebook semasa serangan tersebut sebelum akaunnya ditutup oleh pengendali laman sosial itu..

Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-ocha berkata, Jakrapanth mengalami konflik peribadi dengan askar lain berhubung komisien yuran tanah.

Katanya, askar itu telah menjadikan beberapa mangsa sebagai tebusannya tetapi tidak mengulas apa yang berlaku pada mereka.

Mejer Jeneral, Jirapob Puridet yang mengetuai operasi di dalam pusat beli-belah itu terpaksa membawa ibu kepada Jakrapanth  dari Chaiyaphum namun tidak dapat masuk ke dalam.

Ibunya memaklumkan anaknya mengalami kemurungan dan seorang panas baran.

Puridet berkata, pihaknya terpaksa bertindak berdepan dengan askar itu kerana orang ramai yang terperangkap dalam bilik sejuk menghantar mesej memaklumkan paras oksigen yang rendah menyebabkan mereka lemas.

“Kami terpaksa berdepan dengganya secara bersemuka, jika tidak orang ramai yang terperangkap akan mati,” ujarnya.

Tambahnya, situasi di pusat beli-belah itu tidak ubah seperti di lokasi filem aksi di mana tembakan dilakukan tanpa henti.

Jurucakap Kementerian Pertahanan, Leftenan Jeneral Kongcheep Tantravanich berkata, sebelum mengamuk di Terminal 1, Jakrapanth telah menembak rakannya di pangkalan tentera sebelum menembak beberapa askar yang lain.

Namun tidak dinyatakan berapa jumlah askar yang mati.

Selepas itu,  Jakrapanth meninggalkan pangkalan dan bergerak ke pusat beli-belah dan melepaskan tembakan kepada orang awam sepanjang perjalanannya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast