TERKINI : SPRM Mohon Interpol Tangkap Jho Low dan Dua Individu – Latheefa Koya

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah menghantar notis waran tangkap kepada Interpol bagi mendapatkan tiga individu yang sangat dikehendaki termasuk Low Taek Jho atau Jho Low.

Ketua Pesuruhjayanya Latheefa Koya berkata dua lagi individu berkenaan adalah Patrick Andrew Marc Mahony dan Tarik Essam Ahmad Obaid yang difahamkan kini berada di luar negara.

Katanya tindakan terbaharu itu menyusul selepas pihaknya telah memfailkan kertas pertuduhan ‘absentia’ (tidak hadir) ke atas ketiga tiga individu itu dalam jenayah penggubalan wang haram di Mahkamah majistret, Kompleks Mahkamah Jalan Duta pada Isnin semalam di hadapan Majistret Mageswary Subramaniam menerusi Timbalan Pendakwaraya Ahmad Akram Ghaib.

Menurutnya ia melibatkan jenayah berkaitan wang berjumlah USD$69 milion milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang sedang diusahakan kerajaan untuk dibawa balik ke negara.