Penduduk di negara China memakai penutup hidung dan mulut dalam usaha mencegah jangkitan koronavirus. foto Agensi

BEIJING – Jumlah kematian akibat wabak koronavirus di wilayah Hubei meningkat sebanyak 94 kepada 1,068 semalam, menurut laman web Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan.

Sebanyak 1,638 kes jangkitan baru turut dikesan di Hubei – yang menjadi pusat wabak, menjadikan jumlah kes jangkitan yang disahkan di wilayah itu sebanyak 33,366.

Kebanyakan kes kematian berlaku di Wuhan, ibu kota Hubei.

Semalam, 72 kes kematian dilaporkan lebih tinggi berbanding 67 pada hari Isnin.

Jumlah kes kematian di Wuhan akibat wabak itu adalah 820 orang manakala kes baru pula bertambah 1,104, susut berbanding 1, 552 pada hari Isnin. – MalaysiaGazette