🎥 Makan Apa Tu? | AMES HOTEL Five Stars “Tarikan Baharu Pengunjung di Melaka”

Tidak keterlaluan mengatakan Hotel Ames umpama permata baharu buat Melaka jika diukur kepada keindahan rekaan dalaman yang pasti memukau tetamu singgah untuk bermalam.

Jika dilihat dari luar, hotel yang terletak di Pusat Komersil Ayer Keroh itu cuma biasa-biasa sahaja. Namun apabila melihat keindahan rekaan dalamannya yang bercirikan susun atur dan rekaan moden, anda pasti terpesona.

Apatah lagi kedudukannya berhampiran Tol Ayer Keroh pula menambahkan suasana tenang khasnya bagi tetamu yang mahukan kedamaian apabila tidak perlu berdepan kesesakan lalu lintas ke pusat bandar.