Zaid Ibrahim
Zaid Ibrahim

KUALA LUMPUR – Datuk Zaid Ibrahim menyifatkan UMNO sebagai parti politik yang masih tidak berubah dengan mengamalkan sikap diktator walaupun ia kalah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu.

Ahli DAP itu membuat kesimpulan tersebut berikutan tindakan pimpinan UMNO yang tidak bersedia menerima perbezaan pendapat daripada akar umbinya dan gemar memecat pemimpin atau ahli yang mempersoalkan ketidakadilan yang berlaku.

“Cara diktator UMNO tidak berubah. Apabila saya dipecat, alasan yang diberi ialah pandangan saya tidak konsisten dengan parti.

“Apabila Lokman Adam dipecat, dia hanya mendedahkan perlakuan Presiden yang mana dia berasa tidak sesuai. Tiada tempat untuk berbeza pendapat,” katanya yang pernah menganggotai UMNO melalui akaun Twitter beliau.

Pada 7 Februari lalu, Datuk Lokman Noor Adam hari ini dipecat sebagai ahli UMNO berikutan tindakan beliau mendedahkan rakaman audio Presiden parti itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkaitan cadangan kerjasama antara UMNO dan Bersatu di bawah kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad. – MalaysiaGazette