Lim Kit Siang

KUALA LUMPUR – Presiden Pas fikir rakyat bodoh untuk mempercayai usul percaya di Parlimen untuk menyelamatkan negara, kata Lim Kit Siang.

Sambil menyifatkan ia cerita dongeng Datuk Seri Abdul Hadi Awang, beliau berkata, langkah parti Islam itu sebenarnya untuk memesongkan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Penasihat DAP itu memberitahu, kepimpinan Pas tidak pernah komited kepada prinsip demokrasi berparlimen “dan akan mengetepikan prinsip serta amalan demokratik jika diberikan akses untuk berkuasa”.

Katanya, Mahathir semalam mengulangi komitmennya untuk menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim selepas Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) November ini.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu berkata, janji Mahathir itu ‘sepatutnya menghentikan semua muslihat, konspirasi dan komplot oleh Pas dan watak pembangkang lain untuk memusnahkan kerajaan PH.”

Keadaan politik sepatutnya stabil selepas Anwar menemui Mahathir pada Khamis lalu dan berkata Majlis Presiden PH akan memuktamadkan perjanjian 2018 berhubung peralihan kuasa pada 21 Feb ruari ini.

“Tetapi, tukang tilik malapetaka dan penentang percaya sebaliknya, mereka mendakwa banyak perkara boleh berlaku sebelum mesyuarat Majlis Presiden PH pada 21 Februari ini.

“Adakah pemimpin Pas dan oportunis pembangkang akan terus mencetuskan masalah, dengan harapan mengekalkan persepsi kerajaan persekutuan PH di ambang kejatuhan?” soalnya.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Tak sokong usul undi percaya, anda penakut

1 Komen

Comments are closed.