Ezam Mohd Nor bercakap pada Siri Jelajah Agenda Reformis, Bicara Politik Semasa di Imatai Garden Cafe, Sungai Buloh, Selangor. foto AFIQ RAZALI, 16 FEBRUARI 2020

SUNGAI BULOH – Pertemuan ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di kediaman rasmi Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada 19 November lalu sebenarnya bukan soal pengagihan projek.

Sebaliknya, pertemuan itu didakwa untuk mengumpulkan akuan bersumpah (SD).

Bekas Ketua Angkatan Muda (AMK) PKR, Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor mendakwa, lebih teruk lagi apabila Azmin bekerjasama dengan Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein untuk mencukupkan jumlah SD bagi menghalang peralihan kuasa.

“Dia menteri ekonomi, apa dia buat, dia panggil orang, dia bersengkongkol dengan Hishammuddin, kawan baik dia (Azmin) elit bangsawan tak tentu arah dalam UMNO, bawa ahli-ahli Parlimen UMNO pergi jumpa dia dekat rumah.

“Ini dia jumpa geng-geng UMNO, lepas itu buat apa, dok bagi projek, ini jelas orang-orang UMNO sendiri. Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid tulis dalam Facebooknya, dia dapat RM15 juta projek untuk dia seorang.

“Sebab apa, sebab dia (Azmin) nak itu (SD), dia (Azmin) mahu tanda tangan, dia (Azmin) sibuk cari tanda tangan,” katanya ketika berucap dalam Program Kupasan Politik Semasa anjuran Gerakan Reformasi Perform, di sini, hari ini.

Mohamad Ezam juga melahirkan rasa kesal apabila langkah itu dibuat selepas Pakatan Harapan (PH) tewas teruk dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai.

“Dia sudah dapat mesej daripada rakyat, dia patut kuatkan PH, jumpa ahli-ahli Parlimen PH, (patut) jumpa YB William Leong ini.

“Mana ekonomi tak lingkup, mana ekonomi tak rosak dan kita tidak boleh tolak ansur ini.

“Kita ada Perdana Menteri pula, tak dengar mesej, macam mana nak dengar mesej ada menteri-menteri ini, ada kelompok-kelompok (SD), pergi jumpa dia, pergi cucuk dia, itu yang jadi macam ini,” tegasnya.

Mohamad Ezam turut mengingatkan Dr Mahathir bahawa kerajaan hari ini bukan kerajaan kuku besi sebaliknya sekarang adalah di bawah pentadbiran reformasi.

“Ini kerajaan reformasi, ini bukan kerajaan BN dahulu, dulu kuku besi, sekarang reformasi, jangan keliru, jangan buat pekak pula, kalau dia pekak, kawan-kawan keliling ini bagi ingat.

“Dulu kuku besi, orang baik masuk penjara, macam saya. Orang jahat lepas. Saya baik, saya bukan curi duit orang, saya keluar dokumen, saya masuk penjara,” katanya.

Katanya lagi, jika Dr Mahathir benar-benar Perdana Menteri kepada Kerajaan Reformasi, beliau sepatutnya akur kepada kehendak rakyat dan bukan kepentingan diri sendiri apabila melanjutkan tempoh peralihan kuasa.

“Bila rakyat kata cukuplah, bagi kekalahan teruk di Tanjung Piai, patutnya janji bulan lima (Mei 2020) dia janji ini bukan lepas APEC, itu buat orang keliru. Dia kata dua tahun saja, 2 tahun adalah Mei, bukan November 2020.

“Sebab rakyat tak boleh tahan, rakyat sudah resah dan kerana APEC. Patut kerana APEC dia kena bagi awal (jawatan PM) sebab dia perlu beri ruang kepada PM baharu untuk rencana APEC, kalau bulan lima, mungkin kelam-kabut sikit, 4-5 bulan

“Kalau dia bagi bulan satu atau dua, ada 7-8 bulan, atau lebih, anda beri masa kepada PM baharu ini untuk rencanakan betul-betul sidang APEC ini bagi memaksimum impak kepada negara,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Ha..apa lagi hisham dan azmin klu x betul nafi dan saman le azam ni kerana fitnah jgan biar kan merebak dan memburuk kan keadaan klu kau org x maruah duk diam2 je le.nanti org besangka btul le apa yg azam cakap.

Comments are closed.