SIHANOUKVILLE, Kemboja – Syarikat perkapalan, Holland America berkata ia sedang bekerjasama dengan kerajaan dan pakar kesihatan untuk menjejaki penumpang yang telah meninggalkan kapal persiaran, Westerdam, yang berlabuh di Kemboja selepas seorang warga Amerika Syarikat (AS) didapati positif koronavirus di Malaysia.

Kapal persiaran milik Carnival Corp. itu berkata, tiada seorang daripada 1,454 penumpang dan 802 krew dilaporkan menunjukkan sebarang simptom.

“Tetamu yang telah pulang ke rumah akan dihubungi oleh jabatan kesihatan tempatan dan disediakan maklumat lanjut,” menurut kenyataan syarikat itu seperti dipetik Reuters.

Para penumpang dibenarkan untuk melakukan perjalanan oleh kerajaan Kemboja selepas pemeriksaan kesihatan setelah kapal itu berlabuh pada Khamis lalu.

Ia belayar selama dua minggu selepas permintaan untuk berlabuh ditolak Jepun, Taiwan, Guam, Filipina dan Thailand.

Suami wanita tersebut yang menajlani ujian didapati negatif koronavirus.

Kira-kira 137 daripada 145 penumpang penerbangan sewa khas itu telah meninggalkan Malaysia untuk ke negara lain semalam selepas tiada tanda-tanda yang menunjukkan simptom, kata pihak berkausa Malaysia.

Berpuluh-puluh penumpang Westerdam telah terbang melalui Thailand ke negara lain, kata para pegawai Thailand.

Sekurang-kurangnya 236 penumpang dan 747 krew kekal berada dalam kapal tersebut di bandar pelabuhan, Sihanoukville, kata Holland America.

Penumpang lain berada di hotel di ibu negara, Phnom Penh.

Holland America berkata, ia sedang bekerjasama dengan para pegawai kesihatan di Malaysia dan Kemboja selain pakar-pakar di Pusat Kawalan Penyakit (CDC) AS dan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHo). – Agensi