TERKINI : YKN-JKM Wujud Tabung Khas, “Bantuan Segera Yang Mendesak” – Che Asmah Ibrahim

PUTRAJAYA – Syarikat korporat, badan bukan kerajaan (NGO) dan orang ramai dipelawa untuk menyumbang kepada Tabung Prihatin Yayasan Kebajikan Negara (YKN) – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam usaha membantu golongan kurang berkemampuan dengan kadar segera.

Sumbangan ke tabung berkenaan boleh dilakukan melalui aplikasi QR Pay Maybank2U dan akan diberikan resit pengecualian cukai di bawah Subseksyen 44 (6) Akta Cukai Pendapatan 1967.