The Nautilus Resort dalam lakaran artis.

KUALA LUMPUR – Hilton menandatangani perjanjian pengurusan selama 15 tahun dengan Inspirasi Langkawi Sdn. Bhd., (Inspirasi Langkawi) untuk membina sebuah hotel dengan 230 bilik yang dikenali sebagai The Nautilus Resort Curio Collection by Hilton.

Bakal dilancarkan pada tahun 2023, The Nautilus Resort dijangka menjadi hartanah pertama di bawah jenama Curio Collection by Hilton di Malaysia dan hartanah Hilton pertama di Langkawi.

Pusat peranginan itu akan bergabung dengan jenama lain yang telah sedia ada di Malaysia, yang mana terdapat 11 hartanah beroperasi di bawah tiga jenama tersebut ketika ini.

“Sejak dilancarkan pada tahun 2014, Curio Collection by Hilton telah menarik minat komuniti pembangunan antarabangsa untuk portfolio hotel terpilih yang pelbagai.

“Dari mercu tanda urban hinggalah ke pusat peranginan pantai yang cantik, setiap hartanah di bawah Curio Collection
merupakan yang terpilih dan lain daripada yang lain,” kata Ketua Global Curio Collection by Hilton, Jenna Hackett.

Naina Mohamed Sultan Abdul Kadir

Hilton yakin The Nautilus Resort akan menjadi destinasi percutian tambahan yang hebat dan portfolio hotel dan resort yang unik.

The Nautilus Resort terletak kira-kira sembilan kilometer dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dan kira-kira lima kilometer dari Jeti Star Cruises.

Pusat peranginan ini akan memaparkan pemandangan yang menarik dan tidak terhalang terus ke Selat Melaka berikutan lokasinya terletak di tengah-tengah Pantai Cenang.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Inspirasi Langkawi, Naina Mohamed Sultan Abdul Kadir berkata, dengan nilai komersial yang kukuh dan komitmen berpasukan dari Hilton The Nautilus Resort akan diterima baik oleh para pengunjung ke pulau ini nanti. – MalaysiaGazette