Mujahid Yusof

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr Mujahid Yusof menempelak pihak-pihak tertentu yang didakwa menjadikan Lim Guan Eng sebagai sasaran dalam proses pemulihan Lembaga Tabung Haji (TH).

Ini kerana, semua keputusan dasar dibuat oleh Jabatan Perdana Menteri seperti yang termaktub dalam Akta Tabung Haji.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, sebagai Menteri Agama beliau bertanggungjawab dalam keputusan membabitkan TH, bukan Menteri Kewangan.

Dalam proses pemulihan TH tiba-tiba LGE (Lim Guan Eng) pulak yang jadi sasaran walhal semua keputusan dasar dibuat oleh JPM (Agama) sebagaimana termaktub dalam Akta TH. Nampak dak? Apa motif mereka??

“…awas jangan murah dan mudah halalkan darah orang!,” katanya menerusi akaun Twitternya.

Beliau menjelaskan empat Hotel TH & Residence dipindahkan kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) sebagai langkah pemulihan TH, yang mana mengalami kerugian hampir RM53 juta dalam tempoh lima tahun hingga tahun 2018.

Tegasnya, kerajaan perlu menyelamatkan pendeposit dan memastikan kepentingan jemaah haji tidak terjejas.

Bagaimanapun, katanya, apabila isu TH menjadi bahan pembenci dan bukan lagi keputusan perniagaan untuk menyelamatkan TH.

“…·jadi bahan murahan kepada kelompok tertentu. Mereka miss out (terlepas) banyak perkara,” ujarnya. – MalaysiaGazette