KUALA LUMPUR – Penyanyi Muhammad Naim Daniel Baharin diberi tempoh seminggu untuk menyelesaikan pertikaian berhubung penghasilan lagu terbaharunya bertajuk Sumpah bersama bekas teman wanitanya, Dayana Amerda.
Peguam Dayana, Datuk Ahmad Zaharil Muhayar menegaskan, Juara Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-34 itu perlu bertindak sewajarnya dan atau bersedia berdepan dengan tindakan undang-undang di mahkamah.
“Kita ada bukti dan pengakuan, fakta, video tular dan lain-lain di mana cukup untuk kita teruskan saman sivil tapi kami, bagi dia peluang berfikir secara logik, jangan sampai termakan sumpah dia sendiri. Dia yang berjanji, jangan sampai makan sumpah.
“Dalam tempoh satu minggu Naim kena jelaskan (keadaan sebenar) dan bertindak sewajarnya dan betul, buat apa patut,” katanya pada sidang media di kediamannya di Villa Damansara, Petaling Jaya hari ini.
Sidang media itu turut dihadiri oleh Dayana, ibunya, Aida Daud dan komposer lagu, Sheikh Qalam dan Presiden Konsortium Rakaman Muzik Malaysia, Ayob Abd. Majid.
Sebelum ini, media melaporkan bahawa Muhammad Naim atau lebih dikenali dengan Naim Daniel menganggap pertikaian berhubung penghasilan lagu Sumpah bersama bekas kekasih, Dayana, 20, sudah selesai.
Menurut Naim, dia sudah memberi penjelasan kepada pihak yang sepatutnya dan tidak mahu masalah itu yang dianggap peribadi tidak terus berlanjutan.
Sementara itu, Dayana menegaskan tidak berhasrat untuk menuntut hak cipta hanya kerana wang ringgit, lebih-lebih lagi selepas lagu Sumpah itu dinobatkan sebagai juara dalam AJL ke-34, Isnin lepas.
“Kita nak Naim jujur. Ya betul memang saya tak nak duit, tapi kejujuran (lebih penting), tapi kalau daftar lagu itu secara automatik akan dapat duit royalti. Kita tak mahu perkara ini berlanjutan. Tiada hati nak bawa kes ini ke mahkamah,” katanya lagi. – MalaysiaGazette
VIDEO BERKAITAN:
🎥 HIBURAN MGTV | SUMPAH Naim Daniel Bolot RM50,000 “JUARA AJL34”
Klu dulu rumah siap pehat bebunyi lah ni rumah siap hutang melambak ni lah dia nya.