KUALA LUMPUR – Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri menafikan sekeras-kerasnya penularan gambar yang menunjukkan kononnya Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mempengerusikan mesyuarat berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH).
Sehubungan dengan itu, satu laporan polis telah dibuat oleh Pegawai Tugas-tugas Khas II, Ali Muda berikutan penularan gambar tersebut.
Menurut kenyataan pejabat Datuk Seri Mujahid Yusof kepada media hari ini, gambar yang tular itu merupakan sesi kunjung hormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu di Kementerian Kewangan pada 18 Februari 2019.
Turut bersama menteri ialah Timbalan Ketua Pengarah Dasar Jakim dan Pengarah Bahagian Maqasid Syariah Jakim bagi memberi penerangan mengenai gagasan Rahmatan Lil ‘Alamin yang dibawa pentadbiran Islam pada hari ini.
“Oleh itu, tuduhan kononnya Guan Eng mempengerusikan mesyuarat berkaitan TH sangat tidak berasas dan tidak bertanggungjawab sama sekali,” kata kenyataan itu hari ini.
Semalam, tular di media sosial Facebook, Twitter, Instagram dan aplikasi Whatsapp sekeping gambar menunjukkan Guan Eng sedang mempengerusikan satu mesyuarat.
Manakala Dr. Mujahid dan pegawai kanan di jabatannya iaitu Pejabat Perdana Menteri duduk di kiri dan kanan Menteri Kewangan itu
Menurut kenyataan itu lagi, mengikut Akta Tabung Haji 1995, menteri yang bertanggungjawab ke atas TH ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menguruskan hal ehwal agama Islam, bukan Menteri Kewangan.
Penyebaran gambar itu dilihat disengajakan yang bertujuan sempit bagi menyebarkan kebencian kaum dan agama di negara ini.
Orang ramai dinasihatkan tidak mempercayai sebarang penularan berita palsu yang dilakukan individu tidak bertanggungjawab. – MalaysiaGazette
demi rasa benci sanggup fitnah dan menghasut orang lain supaya benci sama.
Habis la kalau macam ni, bila siKAFIR mempengerusikan sebuah mesyuarat kaum majoriti?
Dilain waktu TABUNG HAJI LEBIH PANTAS DAN PARA MEDIA SOSIAL..MELAPURKAN KUNJUNGAN MENTERI ATAU HAL YANG TIMBULKAN PERA SANGKA..YANG BERBEZA DARI SEBENARNYA..T KASIH.
Dilain waktu TABUNG HAJI WAJIB LEBIH PANTAS DARI PARA MEDIA SOSIAL.KERANA.MELAPURKAN KUNJUNGAN MENTERI ATAU HAL YANG TIMBULKAN PERA SANGKA..YANG BERBEZA DARI SEBENARNYA..T KASIH.