TERKINI : Isu Pekerjaan Anak Muda Akan Diselesaikan – Syed Saddiq

Syed Saddiq mahu semua pihak terlebih dahulu memberi fokus kepada isu dan permasalahan asas golongan anak muda dan belia di negara ini untuk diselesaikan segera kemahuan mereka.

Menteri Belia dan Sukan itu tidak bersedia untuk membicarakan atau menunjukkan kesungguhan terhadap soal politik buat masa ini.

Ditanya wartawan sama ada beliau menyokong atau tidak terhadap pembentukan Pakatan Nasional yang mengaitkan kerajaan campuran Pas-UMNO dan Bersatu susulan bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang mendedahkan bahawa wujudnya usaha presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bavgi mendapatkan sokongan untuk mewujudkan kerajaan baharu

dan mengekalkan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri selama sepenggal. Tanpa menjawab terus pertanyaan itu, beliau berpendirian tegas sebagai pemimpin yang mewakili anak muda di negara ini mahu menyelesaikan permasalahan asas mereka terlebih dahulu.