Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap kepada media selepas menghadiri Simposium HELP University 'The Construct Of A Nation' di Connexion Conference and Event Centre Bangsar South, Kuala Lumupur. foto IQBAL BASRI, 20 FEBRUARI 2020.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim terbuka untuk menerima Tun Dr. Mahathir Mohamad didalam kabinetnya meskipun Ahli Parlimen Langkawi itu telah berundur sebagai perdana menteri.

Presiden PKR itu berkata, semua itu terserah kepada Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) dan idea itu bagus untuk negara kerana Mahathir mempunyai pengalaman yang bagus dalam membantu menggerakkan ekonomi negara.

“Saya serahkan kepada Majlis Presiden PH dan saya terbuka kepada idea itu. Ia bagus untuk negara kerana pengalamannya yang pasti akan membantu dalam memastikan peralihan kuasa yang lebih aman dan menggerakkan ekonomi ke hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika di sini hari ini.

Majlis Presiden PH yang akan berlangsung esok dijangka membincangkan isu peralihan kuasa antara Mahathir dan Anwar.

Isu tersebut telah menimbulkan banyak spekulasi sejak kebelakangan ini.

Mahathir menegaskan beliau tidak terbabit dalam usaha itu, malah mengulangi akan melepaskan jawatan seperti yang dijanjikan.

Sementara itu ketika ditanya mengenai gambaran Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Dr. Rais Yatim bahawa kemungkinan ada sesuatu yang berlaku sebelum November berhubung peralihan kuasa itu, Anwar enggan mengulas mengenainya.

Sebaliknya, beliau yang juga Ahli Parlimen Port Dickson menyifatkan ia sebagai pandangan peribadi Rais. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Sesuatu mungkin berlaku sebelum November ini – Rais

4 Komen

Comments are closed.