KUALA LUMPUR – “Sesuatu mungkin berlaku sebelum November.”

Itu ciapan Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Rais Yatim berhubung isu peralihan kuasa Perdana Menteri antara Tun Dr. Mahathir Mohamad (Tun M) dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Berita tentang Tun M didesak beri tarikh muktamad menyerahkan jawatan perdana menteri terus dilaporkan tanpa henti.

“Dengan mengatakan bahawa peralihan kuasa akan berlaku pada November 2020 nampaknya tidak cukup bagus untuk ‘pengawas’ PH.

Beliau seolah-olah memberi gambaran sesuatu akan berlaku di sebalik proses peralihan kuasa berkenaan yang mungkin tidak seperti dirancang.

“Pengawas-pengawas ini mungkin tidak tahu apa yang ‘pukul’ mereka. Ada kuasa dan faktor lain sedang berjalan,” katanya lagi.

Bagaimanapun bekas menteri itu tidak mengulas panjang mengenai gambaran yang diberikan itu.

Esok, Majlis Presiden Pakatan Harapan dijangka membincangkan isu peralihan kuasa antara Perdana Menteri.

Sebelum itu, Mahathir sudah beberapa kali menyatakan akan melepaskan jawatan selepas Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).

Bagaimanapun, beliau juga menegaskan Dewan Rakyat mempunyai kuasa untuk menentukan kedudukannya.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

‘Saya tetap letak jawatan selepas APEC’

4 Komen

  1. Jika parti gabungam sudah berani menggugut maka tidak lah berguna sebuah gabumgan parti yg udah caca marba.

  2. Pergi mampus lah kerajaan PAKATAN HARAPAN…DIVIDEN KWSP sekadar 5.45%…macam ni ke kerajaan yang boleh di harapkan…apakah pelaburan2 yg dibuat oleh KWSP juga mengalami kerugian di sebabkan 1MDB…kalau tak boleh urus ekonomi negara latak jawatan saja lah..jangan nak menyusahkan rakyat..

Comments are closed.