Tun Dr. Mahathir Mohamad. foto IQBAL BASRI, 18 FEBRUARI 2020.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sekali lagi mengulangi pendiriannya yang akan meletakkan jawatan selepas berakhirnya APEC 2020 hujung tahun ini.

“Apa pun keputusannya, saya tetap akan meletakkan jawatan. Saya sudah kata akan letak jawatan selepas APEC 2020,” ulangnya sekali lagi ketika sidang media hari ini.

Itu respon Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu ketika ditanya mengenai isu peralihan kuasanya kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tambah Mahathir, beliau tidak akan membawa isu peralihan kuasa pada mesyuarat Majlis Presiden PH pada Jumaat ini.

Ujarnya, beliau hanya akan menjadi pengerusi bagaimanapun Mahathir tidak menjawab soalan sama ada terdapat ahli lain yang bakal membawa isu peralihan kuasa semasa mesyuarat itu nanti.- MalaysiaGazette

7 Komen

  1. Bukan ke Mat Sabu minta Tun pegang Pen sahaja, tak akan Tun hendak berhenti dah, tinggu lah sampai habis pengal. Kalau tahu dulu hendak lantik Anwar jadi PM, rasa tidak menang PH.

  2. Too long to wait. But the best solution will be to dissolve (bubar) parliament and handover power to the people(rakyat). Democracy means people’s power, so give back power to the people. Who cares about your internal politics, the people out there are suffering. PH has failed very badly beyond any repair. If any fair election is held right now, I am pretty sure PH will lose. O God! please save Malaysia. The poor farmers, traders, fresh graduates and many more are suffering. A good leader is one who puts the people first before his personal glory and interest. If you don’t believe me, read the stories of the great Caliphs (Khalifah) in the Islamic annals.

  3. Tak usahlah Atok nak cerita bende2 yang tiada feadah ni kepada rakyat.

    Atok pegi la bincang dengan rakan2 KAPIR dan MUNAFIK anda dalam majlis hancing! Tak perlu la nak diwar2kan!

  4. Sebelum Atok letak jawatan, tolong pastikan Parlimen dibubar yer Atok ku sayang…

    Atok sanggup ke berPMkan bekas banduan liwat, 2 kali pulak tu???

Comments are closed.