KOTA KINABALU – Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo hari ini berkata beliau memandang serius ugutan jenayah yang dibuat terhadap Menteri Kewangan Lim Guan Eng melalui media sosial.
“Selain berita palsu, ugutan jenayah melalui media sosial juga adalah perkara serius yang memerlukan tindakan tegas diambil terhadap mana-mana pihak sekiranya siasatan menunjukkan mereka telah melakukan kesalahan ugutan jenayah,” katanya kepada Bernama.
Beliau berkata demikian ketika merujuk kepada ugutan jenayah yang katakan dibuat melalui Facebook terhadap Lim seperti yang dilaporkan beberapa media pada Rabu.
Mereka yang terlibat antara lain memaparkan Lim sebagai musuh Islam nombor satu dan darahnya halal.
“Saya dimaklumkan laporan polis telah dibuat berkenaan perkara ini,” kata Gobind.
— BERNAMA
Dah jadi negara polis ke apa ni?
Ini semua kelemahan menteri yang bertanggong jawab berkaitan dengan Islam. tak tahulah menteri itu Islam yang bagaimana gamaknya. takut nama saja melayu Islam tapi hanya xslam a