Tulisan Alif Syukri di Instagram beliau.

KUALA LUMPUR – Usahawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri berkata, beliau tidak faham mengapa kehadirannya di rumah keluarga isteri Allahyarham Abam menimbulkan masalah sedangkan kedatangannya ke situ hanya untuk menghulurkan bantuan duit dan peralatan rumah.

Katanya, beliau melihat Noor Hidayah memerlukan bantuan tersebut selain kunjungannya itu untuk bertanyakan khabar balu kepada Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan yang meninggal dunia 10 Februari lalu.

“Saya disambut baik dari mereka dan semua soalan saya dah disetujui oleh mereka bukan I suka-suka tanya (harap maklum jangan cakap I tak jaga sensitiviti orang),” katanya di laman Instagramnya sambil mengajak warga maya menonton rakaman video tersebut di YouTube petang esok.

Aliff Syukri turut berkata, tidak kaya pun hanya kerana memuat naik video di YouTube dan apa yang diperolehi menerusi laman tersebut sekadar lepas untuk bayar duit minyak keretanya.

“Memang I bantu semua orang kalau nak bincang baik-baik, I okay saja, kenapa macam nak gaduh,” katanya.

Di laman Instagramnya itu, beliau turut memuatnaik status adik kepada Allahyarham Abam iaitu Ali Puteh yang berbunyi: “Aliff Syukri aku cabar kau jumpa aku dan keluarga. Dasar orang kaya ambil kesempatan.”

Artikel berkaitan: Ali Puteh ‘naik angin’ dengan Aliff Syukri

Kemarahan Ali itu dipercayai berkait rapat dengan soalan-soalan Aliff Syukri kepada Noor Hidayah yang menyentuh tentang harta Allahyarham. – MalaysiaGazette