Syed Ali Mubarak atau lebih dikenali Ali Puteh.

KUALA LUMPUR – Adik kepada arwah Abam, Ali Puteh memberi penjelasan kenapa beliau ‘naik angin’ baru-baru ini.

Beliau sebenarnya kesal kerana ada pihak yang memuatnaik video perbualan dengan balu Abam tanpa merujuk kepada keluarganya terlebih dahulu.

Walaupun tidak menamakan siapa individu tersebut ia jelas merujuk kepada video kontroversi Datuk Seri Aliff Syukri bersama isteri Abam, Siti Nurhidayah Mohd Ali.

BACA: Harap maklum jangan cakap saya tak jaga sensitiviti orang, kata Aliff Syukri

Mengaku terkilan dengan jawapan kakak ipar dalam rakaman itu, Ali Puteh menjelaskan apa yang dibuatnya semata-mata mahu menguruskan harta peninggalan Abam termasuk hutang dan urusan faraid.

Tindakannya itu sudah dimaklumkan kepada Siti Nurhidayah dan kakak iparnya itu sudah bersetuju.

“Video seorang jutawan, kita semut api dia semut besar, soalan dan jawapan yang ditanya terutama daripada segi harta-harta Abam yang menjadi persoalan,” ujarnya dalam satu video yang dimuatnaik di FB OfficialRiaX hari ini.

Mengenai isu telefon bimbit arwah, Ali memberitahu ia dipegangnya kerana mahu memastikan maklumat yang ada di dalamnya termasuk hutang Abam yang masih tertunggak.

“Saya dulu pembantu dan pemandu arwah, saya tahu dan saya sudah beritahu dia (kakak ipar) selepas selesai ambillah balik telefon itu, kami adik beradik arwah Abam sudah beli telefon seorang satu,” katanya.

Ali juga menjelaskan isu kenderaan dan dakwaan kakak iparnya yang didakwa diusir sehelai sepinggang

Kedua, katanya, isu beg duit Abam diambilnya kerana mahu mendapatkan kad Seniman arwah tetapi mendapati dua kad bank arwah sudah tiada.

Beliau juga mendapati wang tunai tiada dalam dompet berkenaan dan memaklumkan kepada kakak iparnya, wang yang ada perlu diserahkan kerana ia menjadi barangan faraid.

Menurut Ali, beliau tidak mahu sesen pun duit dan harta arwah kerana mengikut hukum Islam, segala harta difaraid kepada ibu, isteri dan anak lelaki Abam sahaja.

Mengenai dua kereta milik arwah Abam, beliau menjelaskan sebuah kereta Vellfire masih dalam hutang bank manakala sebuah Viva pula dibeli dari bapa saudaranya secara ansuran.

“Arwah Abam ada kata bila aku ada duit Viva ini dan tukar nama kepada isteri aku dan itulah yang saya hendak buat, hendak susun satu persatu,” katanya.

Ali juga menafikan dakwaan Siti Nurhidayah dihalau keluar sehelai sepinggang dari rumah sedangkan ia adalah kehendaknya sendiri.

Malah beliau mendakwa kakak iparnya juga turut mengambil barangan berharga arwah bersamanya.

Namun apa yang menjadi kemarahannya apabila perkara seperti itu dimuatnaik oleh Aliff Syukri di media sosial yang menjadi fitnah kepadanya dan keluarga.

Namun para warganet yang tidak tahu hujung pangkal telah membela kakak ipar dan Aliff Syukri sehingga Ali dikecam hebat.

Apa pun, katanya, dia rela dihina dan sudah memaafkan warganet namun masih terasa kesal dengan tindakan Aliff Syukri yang didakwa menghina ibunya.

“Saya reda mati dari lihat ibu saya dihina sedemikian,” ujarnya.

Sementara itu, Aliff Syukri pada mulanya dijadualkan membuat sidang media pada hari esok berkenaan isu yang sama namun telah menangguhkannya atas sebab yang tidak dimaklumkan.- MalaysiaGazette

 

ARTIKEL BERKAITAN:

Ali Puteh ‘naik angin’ dengan Aliff Syukri

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Siti Nurhidayah dan arwah mempunyai seorang anak, jadi kerja2 mengagihkan harta2 mengikut hukum faraid akan menjadi lebih mudah!

    Anak tersebut juga dikatogerikan sebagai anak yatim, jadi berhati2lah dalam menguruskan harta anak yatim, semoga segala urusan dipermudahkan, insyaAllah!

  2. Aku tak salahkan Ali atau balu Allahyarham…tp aku salahkan si sotong sial tu..ko nak bg derma; bagi jer la..yg ko pi interview & viralkan kpd umum sehingga memalukan keluarga Abam sendiri apa hal? ko sape?? Arwah masih ada ibu dan keluarga.. kalau urusan harta tak betul kah; boleh selesai kat mahkamah syariah atau meeting keluarga ..yg ko org luar datang menyibuk sebab apa?? ko mmg sial lah

Comments are closed.