Mejar (B) Razali Zakaria
Presiden Gerakan Memartabat Pejuang Negara (GMPN), Mejar (B) Razali Zakaria bersama NGO-NGO pada sidang media selepas membuat laporan polis berkenaan hantaran Facebook berbaur fitnah terhadap menteri dan bantahan Himpunan 22022020 di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 20 FEBRUARI 2020.

KUALA LUMPUR – Tiga badan bukan kerajaan (NGO) pro Pakatan Harapan (PH) hari ini mendesak pihak polis menyiasat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana dipercayai mengeluarkan permit kepada Gabungan Kuasa Rakyat untuk menganjurkan Himpunan 220220 pada Sabtu ini.

Presiden Gerakan Memertabat Pejuang Negara (GMPN), Mejar (B) Razali Zakaria menyifatkan tindakan DBKL memberi permit kepada penentang kerajaan sebagai tidak masuk akal sedangkan himpunan aman menyokong kerajaan sebelum itu dihalang.

“Mana logiknya permit diberi untuk mempertikaikan keputusan kerajaan. Kenapa boleh luluskan. Bila permit untuk membantah keputusan pentadbiran kerajaan, senang nak dapat.

“Saya minta pihak DBKL disiasat kena boleh keluarkan permit itu, esok kita buat himpunan, keluarkan permit pula yang sama dan mudah. Kalau mudah buat permit, semua orang mudah minta permit.

“Kalau senang buat permit, bagi sama rata, bagi semua senang, saya hari itu nak buat himpunan anti komunis pun susah nak dapat permit, ini himpunan nak hentam kerajaan senang pula dapat,” katanya pada sidang media selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini, hari ini.

Hadir sama membuat laporan polis itu ialah Amanah Kawasan Cheras dan Kepong serta Skuad Prihatin Kuala Lumpur dan Gabungan NGO Pakatan Harapan.

Artikel berkaitan: Himpunan 220220 pindah ke Dataran Merdeka

Semalam, jurucakap Gabungan Kuasa Rakyat, Mohamad Nazrin Norani berkata, pihak berkuasa termasuk DBKL sedia memberikan permit dan kebenaran untuk menganjurkan Himpunan 220220 sekiranya mereka berpindah ke lokasi baharu, iaitu dari pusat beli-belah Sogo ke Dataran Merdeka.

Ia susulan penyertaan Himpunan 220220 mendapat sambutan luar jangka didakwa mencecah lebih 2,000 peserta dan jumlah yang ramai itu dikhuatiri akan mengganggu operasi perniagaan Sogo dan sekitarnya. – MalaysiaGazette

Artikel berkaitan: 

Himpunan 220220 tiada kaitan dengan ‘Pelan B’ Anwar

9 Komen

  1. puak2 anjing semburit pakaton hancing sudah paanas…huhuhu…lps ni mereka mengelupur panas sbb melihat rakyat bangkit mahu humban parti pakaton semburit hancing kedalam kumbahan taik…huhuhu

  2. Malang sungguh…..nampak sangat pegawai kerajaan pun tak tahan dah dengan kerajaan….tak sabar nak humban dalam loji najis

  3. Ahli2 umno tak kan join perhimpunan bangang ni… Yang akan join perhimpunan ni cuma barua najib je… Udah2 la buqng masa tu… Cuba buat perkara yang berfaedah sikit… Yqng dok ikut sangat perangai najib penyamun tu bukan dapat pape pun… Najib penyamun dapat menyamun juta2 kalau dia jadi pm balik… Tapi barua dia dapat habuk je… Dah2 la tu… Tak payah nak buat perhimpunan dah… Lebih baik korang bekerja dan penuhkan surau2 dan masjid2… Buat solat jemaah… Lagi ada faedah

Comments are closed.