TERKINI : Pemimpin Kena Berani “Bukan Buta Tuli” – Tun Mahathir

Hanya seorang yang berani sahaja boleh menjadi pemimpin, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Menurut beliau, seorang pemimpin juga perlu mempunyai kebolehan yang tinggi supaya tidak ada pencabar yang berani untuk merebut jawatan itu daripada tangannya.

“Pemimpin kena tunjuk kebolehan tinggi supaya tiada yang mencabar, tidak ada pihak lain yang cuba merebut kedudukan sebagai pemimpin. “Di sini kita tekankan pentingnya mempunyai nilai-nilai yang akan memperkuatkan keupayaan kita.

Antaranya ialah keberanian. Kita perlu berani berhadapan dengan cabaran,” katanya dalam ucaptama Program Malaysia Future Leaders School (MFLS) tier 3 2020 di Pusat Belia Antarabangsa malam ini.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast