Di antara ahli Bersatu yang hadir untuk menyokong Tun Dr. Mahathir Mohamad kekal sebagai Perdana Menteri pada Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya. foto AFIQ RAZALI, 21 FEBRUARI 2020.

PUTRAJAYA – Hampir 100 ahli Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) berkumpul di luar Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) bagi menyatakan sokongan kepada Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mereka yang berhimpun sempena Mesyuarat Majlis Presiden PH yang diadakan sebentar tadi berhimpun secara aman dengan membawa sepanduk ‘Kekal Tun M’.

Menurut Exco Armada Pusat, Mohd Fahim Mohd Farid, himpunan itu diadakan untuk memberi sokongan kepada Perdana Menteri dan mengutuk sesiapa sahaja yang mendesak agar Dr Mahathir melepaskan jawatannya.

“Kalau Tun Dr Mahatir kata peralihan kuasa akan berlaku selepas Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) pada November ini maknanya lepas APEC lah.

“Jangan desak beliau. Rakyat dah muak dengan isu ini,” katanya.

Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini menjadi lokasi mesyuarat Majlis Presiden setelah kali terakhir diadakan tiga bulan lalu.

Antara yang akan dibincangkan pada mesyuarat itu adalah tarikh serahan jawatan Perdana Menteri kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. – MalaysiaGazette

2 Komen

Comments are closed.