TERKINI : SEJAM “Najib dan Rosmah Beri Keterangan Secara Berasingan” di SPRM

Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor selesai memberi keterangan selama sejam kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertempat di Akademi SPRM di Jalan Duta di sini.

Peguam Rajivan Nambiar yang mewakili Rosmah berkata, proses mengambil keterangan anak guamnya dan juga juga Najib bermula 3 petang.

“Sepanjang proses mengambil keterangan itu, tidak ada sebarang dokumen diminta daripada kedua-dua anak guam kami.

Mereka cuma memberikan percakapan sahaja dan diberikan kenyataan sama seperti proses di Bukit Aman pagi tadi.

“Kedua dua mereka sudah memberi kenyataan, dan dirakam keterangan secara berasingan oleh SPRM.