Presiden Gerakan Memartabat Pejuang Negara (GMPN), Mejar (B) Razali Zakaria menunjukkan laporan polis mengenai ugutan bunuh atas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 20 FEBRUARI 2020.

KUALA LUMPUR – Mana-mana induvidu yang ‘menyaalah guna’ platform media sosial sehingga melakukan ugutan, provokasi dan ancaman terhadap pemimpin negara akan berhadapan dengan tindakan tegas selepas ini.

NGO Gerakan Memartabat Pejuang Negara (GMPN) hari ini membuat laporan polis terhadap lima individu yang membuat ancaman bunuh, ugutan dan fitnah terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusuf Rawa baru-baru ini.

Malah GMPN juga tampil dengan satu tagline ‘No Fitnah Media Social’ yang akan digunakan untuk memantau individu-individu melakukan provokasi melalui laman sosial terhadap pemimpin negara khasnya.

Menurut Presiden GMPN, Mejar (B) Razali Zakaria, pihaknya terpanggil untuk membuat laporan polis terhadap mana-mana individu atau kumpulan melakukan provokasi serta ugutan termasuk ancaman bunuh kerana ia akan mengakibatkan keadaan tidak tenteram dalam negara.

“Laporan hari kita tujukan kepada lima individu. Kita pun tidak mahu setiap hari buat laporan polis, jadi kami gabungkan sahaja laporan polis terhadap lima induvidu.

“Orang ramai khasnya netizen tidak boleh sesuka hati melakukan ugutan-ugutan, lagi-lagi bunuh atau fitnah macam itu sahaja.

“Dua hari lepas saya terbaca seorang netizen Muhamad Naim yang ugut bunuh Datuk Mujahid Rawa.

“Dia menulis ayat berbaur ugutan iaitu, ‘Mujahid ini patut di bunuh, memang manusia terbangsat dalam dunia’. Ugutan seperti ini sangat berbahaya, bukan sahaja Menteri tetapi orang awam itu sendiri.

“Dalam pada empat lain yang kami telah buat laporan juga melakukan ugutan, ancaman, memfitnah Datuk Mujahid bebeberapa hari lepas. Mohon pihak berkuasa tampil siasat mereka-mereka ini.

“Kita tidak akan buat laporan polis seperti ini jika yang di tulis oleh netizen-netizen ini sebenarnya mempunyai fakta. Semuanya tidak betul, tiada asas. Kami akan tetap banteras mana-mana yang lakukan perbuatan tidak bertanggungjawab seperti ini,” katanya.

Razali berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi sebentar tadi.

Razali juga memberi ‘amaran’ supaya para netizen dapat menggunakan platform media sosial sebaik mungkin

“Nampaknya NGO seperti kami ini akan memainkan peranan dalam membanteras isu-isu fitnah media sosial selepas ini.

“Inilah tanggungjawab kami selepas ini jaga keamanan dari hasutan media sosial yang akhirnya boleh ganggu gugat ketenteramaan negara. Itu matlamat kami, apa yang ‘tuan-tuan, puan-puan’ hendak cakap lepas ini, terpulang tapi bukan fitnah,” tegasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast